Social Icons

Pages

Wednesday, March 21, 2012

Elaun Flexi Hour Sudah Masuk..Yeay

Alhamdulillah..selepas hampir 6 bulan, akhirnya esok Elaun Flexi Hours untuk Houseman akan dibayar beserta dengan tunggakan..maknanya hampir RM3000 lebih jgk lah yang masuk akaun..alhamdulillah..rezeki..Esok juga merupakan pembayaran gaji untuk kakitangan awam.. Bagi kawan-kawan yang Goverment Servant, esok adalah hari gaji..hepi?semestinya..he2...Berbelanjalah secara berhemah..

Thursday, March 8, 2012

Aku Terima Nikahnya


"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu... mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " - (Ar Rum : 21)


Perkenalan 


Sungguh pantas masa berlalu, Perkenalan selama hampir 7 tahun di abadikan kepada satu ikatan suci. Kisah perkenalan ketika kami di matrikulasi Kolej Mara Kulim sesi 2004/2005. Ketika itu diriku mengenali seorang gadis yang menarik minatku..he2..cantik, ayu, pemalu..Ketika itu, timbul perasaan dalam hati ini untuk mengenali si dia dengan lebih dekat. Tapi dalam hati ini timbul juga perasaan adakah si dia sudi..maka perasaan itu dipendamkan.


Bersua Muka

Tanggal 14 Oktober 2004, inilah kali pertama aku mula menegur si dia. Ketika ini kami menaiki bas yang sam untuk pulang ke Kelantan, cuti semester 1 Matrix. Perbualan yang amat pendek, tetapi sudah cukup membuatkan hatiku gembira.he2..


Zaman Percintaan


Selesai saja Matrix yang berakhir pada bulan 5 2005, si dia dan diriku membawa haluan masing-masing. Aku kat USM Kubang Kerian, manakala si dia menuntut di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Agak lama jugak tidak bertanya kabar, hampir setahun. Kemudian kami mula SMS, bertanya kabar..Tanggal 26/3/2006 merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke rumah si dia. Ketika ini si dia cuti, balik kampung. Bertemu dengan ibunya yang sangat peramah. Menu hari itu adalah nasi lemak..he2..


Tempoh perkenalan kami selama 7 tahun ini terdapat banyak suka dan duka.. clash dan membawa haluan masing-masing. Tetapi alhamdulillah jodoh mempertemukan kami semula.